Thursday, September 8, 2011

Seoul Garden - Best Korean Restaurant


Dulu orang kata kalau nak rasa makanan luar negara, kena pi sendiri ke negara tersebut. Tapi tu dulu. Sekarang semua dah ada kat tempat kita. Kalau kat KL ni, semua jenis makanan ada. Italiano, Jepun, India, Arab, Korean dll.

Al-ceritanya, Abe terasa la nak makan makanan Korea. Maklum lah, kalau jadi, InsyaALLAH, 23 September ni Abe akan ke korea. So nak test la mana yang patut so tak lah terkejut perut nanti. Jadi pilihan Abe nak test power neh adalah kat Seoul Garden One Utama. Dah banyak kali dah lalu depan restoran ni tapi tak sampai hajat. Tapi kali ni Abe ngan Cik Puan wife terjah gak.

Harga tak lah mahal. Masa Abe pi tu masa lunch. Harga dia lebih kurang RM 36.00 seorang. Buffet lak tu. Makan sampai muak.

Nak jadi cerita, Abe ni tak pernah makan cara Korea so Abe kena call somebody untuk tanya camner cara nak buat. Jawapnya senang.Grill dan steamboat.Faham le Abe. Menu dia senang. Semua dibagi mentah yang dah dirempahkan. Kita ambil je pas tu kita grillkan kat periuk yang disediakan kat tetengah meja. Senangkan. Menu dia banyak... korang tengok la sendiri kat bawah ni....




Ni jenis Sos yang disediakan dan yang paling femes.. Kimci.

Korang ambil yang mentah gini....

Masak dalam periuk cam ni. Sup ada 5 jenis kalau tak silap. Kimci sup, tomyam dan..... tak hengat dah.

Camni la lebih kurang keadaan korang kalau nak makan kat sini.

Makanan halal. KOrang tak yah risau. Abe rekomen korang pekena lauk daging dia. Manis sebab korang grill sendiri dan masak ikut selera korang. Dia ada, sotong, ayam, kerang, udang dan macam2 lagi. Buah-buahan ada, aiskrim ada, nasi dan mee goreng, mee, maggi, mee simpul dan cam2 lagi wei. Banyak sampai korang tak bley nak makan semua. Lain la kalau perut korang bionic... gerenti semua leh telan.

Korang cuba la. Bagi Abe murah dan sedap kalau nak dibandingkan dengan menu yang dia bagi tu. Memang banyak sesangat. Siap air boleh refill sampai korang muntah kalau nak.

Sekali sekala ambil pengalaman.. ok la kan...?

Nazri Razra

5 comments:

  1. Tak pernah cuba..tapi nampak sedapppp...
    p/s Selamat makan angin ye...atau selamat berkursus..:)

    ReplyDelete
  2. Memang sedap. Pi makan angin jerrrr.

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya..kak ita singgah sini sambil follow...nampak mcm sedap sesanggat ne kat ne...kat ne ...

    ReplyDelete
  4. TQ kak nita.

    Ni kat Seoul Garden One Utama, PJ. Dia kasi ala2 makanan korea gitu.

    Harga murah je. RM 36 sekepala. makan sampai puas. Daging kopi dia yang paling best. Cer try

    ReplyDelete